01-(Pemilik/Pengurus)/(Owner/Manager)


HJH. MAIMANAH BTE NOON (PJK)
Usahawan wanita bumiputera yang gigih berusia 63 tahun adalah merupakan pengasas syarikat ini. Berbekalkan pengalaman sebagai guru masakan dan perusahaan katering secara kecil-kecilan sejak tahun 1988, Hjh. Maimanah membina Maimanah Ent. dari sebuah syarikat penyajian makanan kecil pada tahun 1991 kepada sebuah industri keluarga yang mantap, dikenali dan terus berkembang.
Hjh Maimanah telah mentadbir serta mengurus Maimanah Ent. dengan prinsip cekap, lengkap dan sedap telah menempatkan syarikat ini diantara syarikat katering yang berkualiti dan berkelayakan menyediakan semua jenis hidangan sehingga kepada Majlis Diraja. Sebagai tulang belakang syarikat ini, Hjh Maimanah kini membentuk usahawan pelapis dengan menjadikan anggota keluarga sebagai "Rakan Kongsi" bagi menjamin kesinambungan kegemilangan syarikat menjadikannya satu perusahaan keluarga. Atas jasa dan bakti beliau dalam menyumbang kepada kejayaan dan kelancaran setiap majlis atau acara yang mendapatkan perkhidmatan syarikat ini, Hjh Maimanah telah dikurniakan dengan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan pada tahun 1996.

0 comments:

Post a Comment