02-(Pengurus Operasi)/(Operation Manager)


SHAHRUL NIZAM BIN MOKHTAR @ IBRAHIM
Shahrul Nizam menyertai Maimanah Enterprise sebagai Pemilik / Rakan Kongsi dan seterusnya sebagai pengusaha pelapis dalam syarikat ini. Beliau sebelum ini menimba banyak pengalaman dalam bidang operasi semasa bekerja di beberapa buah kilang sebagai Juruteknik sebelum menyertai Maimanah Enterprise.

Penyertaan beliau dalam syarikat ini mengukuhkan lagi industri katerin keluarga ini. Shahrul Nizam dilantik mengetuai Bahagian Operasi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua aspek perkhidmatan katering dari persiapan tempat sehingga sesuatu tugas itu dilaksanakan termasuk juga kawalan logistik.

Pengalaman luas beliau dalam aspek operasi perkhidmatan syarikat ini menjadi aset utama khususnya dalam bidang pengawalan petugas, pensesuaian hiasan, pengurusan masa dan kecekapan perkhidmatan yang membolehkan Maimanah Enterprise memberikan perkhidmatan yang bermutu dan cemerlang, berdaya tahan, berdaya saing serta berdaya kembang dalam industri mencabar ini.

0 comments:

Post a Comment