03-(Latarbelakang Syarikat)/(Company Background)


MAIMANAH ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Bumiputra yang menjalankan perusahaan penyediaan dan sajian makanan ( katering ). Beroperasi sejak 15 tahun yang lalu, Maimanah Enterprise telah mengendalikan semua jenis majlis termasuk diperingkat kebangsaan dan juga diperingkat negeri yang melibatkan pelbagai peringkat tetamu seperti Majlis Di Raja, Majlis meraikan pembesar luar negara dan lain-lain.

SEDAP CEKAP LENGKAP adalah teras perkhidmatan cemerlang Maimanah Enterprise yang menjadi komitmen kepada pelanggan-pelanggan. Disamping mempunyai pelbagai pilihan menu-menu dari pelbagai citarasa, pelanggan-pelanggan juga boleh membuat ketetapan menu yang mereka inginkan bersesuaian dengan majlis yang dianjurkan samada di dalam dewan mahupun di kawasan luar bangunan.

0 comments:

Post a Comment